Tags: Perubatan, Kanser

Sarkoma: Pembedahan Menyelamatkan Anggota

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Wan Faisham Nu'man Wan Ismail
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674615215
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Di Malaysia, penyakit kanser merupakan masalah kesihatan yang penting, dan antara penyebab utama kematian. Rawatan kanser tulang dan tisu anggota sudah dijalankan di negara kita sejak dua dekad yang lampau. Umumnya, rawatan untuk menghalang pemerebakan kanser ini melibatkan pembedahan amputasi anggota yang akan mengakibatkan kecacatan kekal. Secara tidak langsung, hal ini menghalang pesakit untuk ..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Di Malaysia, penyakit kanser merupakan masalah kesihatan yang penting, dan antara penyebab utama kematian. Rawatan kanser tulang dan tisu anggota sudah dijalankan di negara kita sejak dua dekad yang lampau. Umumnya, rawatan untuk menghalang pemerebakan kanser ini melibatkan pembedahan amputasi anggota yang akan mengakibatkan kecacatan kekal. Secara tidak langsung, hal ini menghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan yang menyeluruh dan berakhir dengan kematian. Pendekatan terbaharu dalam rawatan kanser tulang yang melibatkan pembedahan menyelamatkan anggota badan telah berjaya menjamin peluang pesakit untuk mendapatkan rawatan yang optimum

 

Pembedahan menyelamatkan anggota badan pula telah diperkenalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 tahun lalu. Kaedah ini mengelakkan pesakit daripada kehilangan anggota badan. Pembedahan ini terbukti selamat dan amat berkesan untuk mengawal kanser. Pesakit dapat menjalani kehidupan dengan berkualiti setelah fungsi anggota badan diselamatkan.

 

Pembedahan kanser yang rumit dan kompleks telah membuka minda pakar tempatan untuk melibatkan diri dalam pembedahan kompleks seperti patah pelvis dan asetabulum. Sebelum ini, ia dirawat tanpa pembedahan dan telah menyebabkan kecacatan kekal, fungsi sendi yang terjejas dan kesakitan kronik. Setelah kecederaan serius ini dirawat melalui pembedahan, fungsi anggota badan dapat ditingkatkan dan pesakit dapat kembali produktif tanpa kecacatan dalam masa yang singkat. Rawatan kecederaan anggota badan yang melibatkan kecederaan saraf dan salur darah juga mendapat manfaat daripada teknik pembedahan kanser ini. Teknik pembedahan kanser yang melibatkan pembedahan eksplorasi salur darah dan saraf utama membuka penerokaan pada pembedahan menyelamatkan anggota badan yang mengalami kecederaan serius pada salur darah. Rawatan pembedahan kecederaan kompleks ini telah berjaya dijalankan di HUSM sejak 15 tahun lalu yang fungsinya setanding dengan pusat rawatan trauma yang terkemuka. Kajian fungsi sendi dan anggota badan selepas pembedahan menunjukkan sebahagian besar pesakit mendapat fungsi yang optimum daripada kedua-dua cabang pembedahan kompleks ini.

 

 

 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha